Photobucket

Jumat, 03 Juni 2011

♥♫•*•.¸♥Jodoh itu Rahsia ALLAH♥♫•*•.¸♥

ƸӜƷ ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ƸӜƷ


Adalah suatu yang wajar jika setiap kita menginginkan jodohnya di kemudian hari seorang yang sempurna di sana sini, akan tetapi apakah setiap orang akan mendapatkannya? Bagaimana jika keinginan itu tidak sekadar angan-angan saja? Bagaimana pula jika ternyata kelak realiti tak seindah mimpi dan angan yang kita bayangkan?




*JODOH ADALAH POTRET DIRI *
Ungkapan ini tidak keterlaluan rasanya kerana bukankah pepatah ada mengatakan, “barang siapa menanam dia akan memetik?” Ertinya dia akan menikmati hasil jerih payah yang dia usahakan. Demikian juga seseorang yg berusaha menjadikan dirinya baik, menjaga dirinya dari hal-hal yang jelek, dan terus berusaha melakukan perkara-perkara mahmudah sewajarnya dia memperoleh kebaikan daripada insan lain hasil percikan kebaikannya. Maka tidak layak kiranya jika kita berharap mendapat jodoh yg ''serba plus'' sementara kita membiarkan diri kita''serba minus'':)
Wajib untk kita selalu ingat bahawa jika kita ingin mendapatkan jodoh yg baik jadikan diri kita baik terlebih dahulu, TUHAN kamu telah berfirman:''Wanita-wanita keji adalah untk laki-lakiyg keji,dan laki-laki yg keji adalah untk wanita yg keji (pula),dan wanita-wanita yg baik adalah untk laki-laki yg baik dan laki-laki yg baik adalah untk wanita-wanita yg baik(pula)''(QS.An-Nur:26).
TUHAN kamu berfirman lagi::
''lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yg berzina atau perempun yang musyrik;dan perempaun yg berzina tidak dikahwini kecuali oleh laki-laki yg berzina atau laki-laki yg musyrik;dan yang demikian itu di haramkan bagi orang2 mukmin''(QS.An-Nur:3).

Jika mahukan calon isteri/suami yang rajin bertahajud, kita terlebih dahulu perlu rajin bertahjud. Begitu juga dengan hal-hal lainnya.



Kalau ada yg bertanya : “Mengapa ada isteri nabi yang derhaka, misalnya isetri nabi Luth dan nabi Nuh?” Di sini kita tidak melihatnya dari sisi yang baik untuk yang baik , akan tetapi kita khususnya wanita boleh mengambil pelajaran bahawa kita hendaknya bersemangat dalam beramal soleh kerana kedudukan orang yang paling hampir dengan kita misalnya pasangan hidup yang soleh tidaklah menjamin keselamatan diri kita dr azab ALLAH.




Dan jangan lupa terkadang kita diuji dengan orang-orang yang hampir dengan kita. Kalau isteri nabi boleh jadi sedemikian, apakah tidak mungkin terjadi kepada isteri kita? Ketika kita menyedari hal ini, maka sudah semestinya sejak awal lagi kita menjadi yang terbaik dengan harapan akan dijodohkan dengan orang yang terbaik. Bukankah belum tentu pasangan seseorang baik,meski dia tergolong orang yang baik? Apatah lagi jika dia tidak termasuk dalm golongan orang yg baik? Sesungguhnya penglihatan kita sangat sempit tetapi penglihatan ALLAH sangatlah luas!

catatan : sudah diposting oleh beberapa media

Tidak ada komentar:

Posting Komentar